Community Consultation Questionnaire - Malay
0%

1. Mengenai projek ini


Penyelidikan apakah ini, dan mengapa ini diperlukan?
Penyelidikan ini dijalankan sebagai bahagian daripada projek baharu untuk membangun dan menyampaikan perkhidmatan sokongan, pelaporan insiden kebencian dan jenayah kebencian di seluruh UK untuk semua orang di UK yang dikenalpasti sebagai komuniti Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk pemegang status BN(O) Hong Kong yang baru tiba.

Projek ini bertujuan untuk mencipta perkhidmatan berjenama bebas, dipercayai komuniti, mudah diakses dan boleh digunakan dengan baik termasuk talian bantuan 24/7 dan tapak web, yang akan mengurangkan halangan kepada pelaporan jenayah. Perkhidmatan ini akan memastikan bahawa mangsa/yang terselamat Tindakan kebencian daripada semua komuniti Asia Timur dan Asia Tenggara mempunyai akses kepada sokongan berterusan yang mereka perlukan.

Jawapan yang Anda berikan dalam soal selidik ini akan membantu reka bentuk perkhidmatan baharu ini.

Siapa yang menjalankan projek ini?
Terdapat 14 organisasi dalam Konsortium yang menjalankan projek ini. Organisasi-organisasi ini dipilih kerana mereka adalah kumpulan berasaskan komuniti nasional dan serantau, dengan kepakaran dalam pelaporan dan pencegahan jenayah/insiden kebencian serta menyokong mangsa/terselamat keganasan kaum di Asia Timur dan Asia Tenggara.

Siapa yang membiayai projek ini?
Konsortium ini telah diberikan Dana Perkhidmatan Pelaporan Jenayah Kebencian Pihak Ketiga daripada Jabatan Peningkatan Taraf Hidup, Perumahan dan Komuniti. Penyelidikan ini diketuai oleh End Violence and Racism Against East and Southeast Asian Communities (EVR) yang merupakan sebahagian daripada konsortium besar 14 organisasi pelaksana projek.

Mengapa saya diminta mengisi soal selidik/ menghadiri mesyuarat atau perbincangan kumpulan berfokus?
Kami mahu perkhidmatan ini dibentuk oleh dan untuk komuniti Asia Timur dan Asia Tenggara sendiri. Sama ada Anda mengambil bahagian sebagai individu atau mewakili organisasi atau kumpulan, kami mengharapkan maklum balas Anda.

Apakah bentuk soal selidik ini?
Soal Selidik ini terdiri daripada 26 soalan, dengan sebahagian aneka pilihan dan beberapa entri bertulis. Kami jangkakan proses ini akan mengambil masa antara 10-20 minit untuk menjawab

Adakah saya perlu mengambil bahagian?
Anda tidak perlu mengambil bahagian jika Anda tidak mahu. Jika Anda ikut serta, Anda boleh berhenti bila-bila masa dan memilih untuk tidak menekan hantar. Atau, sila melangkau ke penghujung untuk menyerahkan borang yang separa lengkap, setelah Anda memenuhi soalan yang diwajibkan diisi dalam Bahagian 1.

Apakah yang akan kami lakukan pada maklumat yang Anda berikan kepada kami?
Soal Selidik ini adalah tanpa nama (anonim), dan kami tidak dapat mengenal pasti Anda melalui jawapan yang Anda berikan. Jawapan akan digunakan untuk membangunkan laporan yang akan memaklumkan reka bentuk perkhidmatan. Jawapan tanpa nama Anda hanya akan dilihat oleh ahli-ahli konsortium.

Apa selepas ini?
Untuk menerima kemas kini tentang kemajuan dan pembangunan perkhidmatan, dengan pelancaran pada akhir Musim Bunga 2022. Anda akan berpeluang untuk menyertai senarai mel kami di sini. Sebarang maklumat hubungan yang Anda berikan tidak akan dipautkan kepada jawapan yang Anda serahkan dalam soal selidik ini.

Terima kasih telah membaca dengan baik. Sila teruskan ke soalan pada halaman seterusnya. Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi info@evresea.com.